← Dashboard | + Follow
One More Night

ARWAH OKIE ❤
Friday 9 November 2012 at 01:55. 0 comment(s)

Assalamualaikum .
Hello buddies . Blog dah senyap . Tiada lagi lagu sebagai peneman :) Don't know why lagu tak boleh nak bunyi so aku buang je terus kod dia . Padan muka . Rasakan . Tapi tak best . Takde feel lah nak baca sambil dengar lagu right ? Tapi takpe lah . Harap awak dapat baca ni dengan penuh feeling :)

Seumur hidup aku, aku tak pernah kehilangan orang yang aku sayang . Maksud aku hilang yang kita tak akan jumpa sampai bila-2 dekat dunia ni lagi . Sehinggalah one day, aku tak ingat dah hari apa . Tapi malam tu aku ingat dalam pukul 10 lebih hari jumaat cousin aku kemalangan and meninggal dekat situ juga . Mak aku dapat call dari my uncle and lepas je aku dapat tahu, terkejut gila but masa tu aku pana lagi . Aku masuk bilik nak siap-2 pergi Hospital Jengka aku terduduk and baru aku sedar yang cousin aku dah tak ada . Masa tu lah mula air mata aku mengalir tak berhenti . Sampai lah dalam kereta air mata aku mengalir macam air hujan . Cousin aku lelaki, his name is Iznul Shauqie and Okie panggilan kitaorang dekat dia . Aku ingat lagi masa tu dia nak buat nama acc facebook dia and aku yang cakap letak lah nama Okie and dia cakap okayy . Sampai sekarang melekat nama tu . Dia sebaya dengan aku, enambelas tahun . Dia lahir dulu dari aku so dia abang . Dia lah satu-2 nya abang yang paling aku rapat . Keluarga besar aku perempuan yang ramai, lelaki tak berapa . Yang lain-2 aku tak rapat kecuali Okie . Dia baik . Dia suka tolong orang . Memang dia nakal . Semua tak suka dia sebab dia selalu buat hal . Bagi aku biasalah budak kan . Lelaki pulak tu . Dia belajar main gitar sampai dia pandai and aku pun suka dengar bunyi gitar and suka tengok orang main gitar . Aku selalu minta dia ajar . Bila dia ajar merata aku pergi . Susah . Sekarang aku dah pandai main gitar . Tapi aku tak sempat nak tunjuk dekat kau . Tak sempat nak ajak kau main gitar sama-2 buat video . 

Bila aku pergi rumah dia, dia selalu bawak aku pergi ronda-2 . Macam-2 dia cerita . Pasal girlfriend-2 dia . Aku pun bosan gila dah dengar . Kadang-2 menyampah pun ada :) Kira dia buat aku sebagai tempat dia nak luahkan perasaan dia . Bila pergi karaoke lagu-2 dia semua sedih-2 . Suara dia sedap . Patut pun ramai girlfriend dia . And till now bila pergi karaoke siapa-2 nyanyi lagu yang dia pernah bawa hari tu buat aku teringat dekat dia . Mula lah air mata ku nak mengalir lagi . Kie, kenapa kau pergi awal sangat ? Kau tahu tak aku dah takde abang yang aku nak manja-2 . Kau selalu je cubit pipi aku . Kau kata aku comel . Kau tarik rambut aku . Kau kata kau jealous and nak rambut macam aku . Mengada-2 . Kie raya tahun ni kau takde Kie . Kawan kau cakap yang tahun ni kau nak raya dengan kitaorang semua . Tapi kau tak sempat . Sebaliknya kitaorang yang pergi kubur kau . Biasanya tiap-2 tahun kita semua pergi kubur Atok je . Tapi kali ni kami semua pergi dua kubur . Kie, kau ingat lagi lagu Sixth sense ? Bila aku buka lagu tu kau kata, ' weh, teringat dekat rumah atas ' :) Lagu tulah yang selalu aku dengar tiap kali aku rindu kat kau . Kie, masa jenazah kau dah sampai rumah, aku berlari pergi tengok kau . Aku tengok kau teruk sangat . Habis calar balar sana sini . Aku menangis lagi . Sebelum tunggu pagi orang datang rumah nak urus jenazah kau, aku duduk sebelah kau Kie . Aku teman kau . Tapi waktu tu kau tak boleh gerak lagi . Dah tak panggil aku . Aku tak boleh nak tahan air mata aku . Maafkan aku :( 

Bila orang mandikan jenazah kau . Aku tengok . Orang kafankan kau aku tengok Kie . And masa last dia nak tutup muka kau, kami semua cium kau . Masa aku tunduk nak cium kau dalam hati aku jerit nama kau Kie :( Ya Allah, masa tu aku rasa nak rebah . Nasib baik ada cousin aku peluk . And aku menangis lagi . Cousin aku tanya, ' kenapa kau menangis beria sangat ni ? ' Korang tak akan paham ! Dia abang aku . Aku lahir sama tahun dengan dia . Aku manja dengan dia . Aku sayang dia . Korang tak rapat dengan dia korang boleh diam . Cousin aku sorang ni lagi sedih, Putry . She was not there masa tu . Dia dekat Shah Alam . Dia tak boleh balik kampung sebab dia sakit . Dia pun rapat dengan arwah . She called my sister and she's cried . Kesian dia . Aku bersyukur dapat tengok arwah for the last time . Dapat cium dahi dia . And itu adalah yang terakhir . Kie, even kau dah tak ada dekat dunia ni lagi, aku tetap sayang kau, rindu kau and ingat kau . Semoga kau diletakkan bersama orang-2 yg beriman . Kau tunggu aku dekat sana nanti ya . 
Al-Fatihah .


|