Merajuk ❤ 

Sunday, 21 October 2012 at 04:09. 0
comment(s)
Assalamualaikum :*
Hi everyone . Petang . Actually muka mulut aku tengah muncung habis . Ni merajuk lah ni tak ada kerja lain XD . Normal lah perempuan kan . Kadang-kadang permpuan bukannya merajuk betul-betul pun . Cuma dia nak kan perhatian daripada orang yang dia sayang, as a example, BOYFRIEND :) Betul . Lelaki kena faham yang perempuan ni mood dia sekejap okay sekejap tak okay tambah-2 lagi bila naik bendera merah .
' Susah weh nak pujuk perempuan ni ' . Susah ? Sebenarnya tak susah pun . Nak jadi BOYFRIEND kena lah pandai pujuk memujuk . Kalau tak pandai tak payah menggatai nak couple sana sini . Bila perempuan merajuk juga mesti dia off phone kan ? Kononnya tak mahu diganggu . Merajuk lama-lama . Comel kan ? :D Padahal tak lama lepastu on phone balik tengok ada tak orang yang dia sayang pujuk dia . Nampak je ada text dari boyfriend dia masuk confirm dia akan tersenyum tapi berlagak . Tetap dia merajuk . Nak bermanja letewww :) Lelaki patut tahu .
Tapi perempuan pun ta boleh lah over sangat merajuknya sampai berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan . Lama-lama nanti si boyriend-boyfriend semua pakat jemu dengan kita . Agak dalam setengah hari tu kira okay lah kalau setakat bergurau then merajuk, terasa hati atau kecik hati je . Hal kecik tak perlu kita besar-besar kan sampai kadang-kadang ada couple yang clash sebab benda yang entah apa-apa . Lain lah kalau si boyfriend tu main kayu tiga dengan kita memang patut kita break up awal-awal . Tak payah simpan lama-lama nanti kita yang sakit hati . Dia ? Dia happy dengan orang lain . Perempuan yang kira kaki gaduh tu pergi je bagi pelempang dengan boyfriend tu sekali dengan perempuan yang hancurkan hubungan diaorang . Baru lah orang takut nak curang dengan kita lagi :D
Lelaki kena faham yang perempuan ni hati dia lembut . Senang menangis even perkara yang remeh-temeh . Lelaki tak tahu yang perempuan ni menangis malam-malam sebab rindukan orang yang dia sayang . Tak percaya ? Okay tanya girlfriend-girlfriend korang sekarang, if dia kata tak, dia tipu :) Tu baru rindu belum lagi bila dia ada masalah dalam hubungan dia . Aku sendiri dh lalui semua tu and mustahil kalau perempuan lain tak . Lelaki kena pujuk girlfriend-girlfriend awak sebab dia perlukan awak . Gembira kan dia, buat dia tersenyum, buat dia bahagia baru lah dia sayangkan awak :) ❤